Senin, 25 Juli 2011

Kata Kata Inspirasi Selepas mengalami Kegagalan

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencoba lagi dengan cara yang lain.

Kegagalan bermakna bahwa anda belum berjaya lagi.

Ingatlah bahwa anda boleh gagal dalam apa saja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.

Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa. Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.

Uang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.

Kebanyakan orang masih bergantung pada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencoba kerja lain.

Kesilapan adalah bukti bahwa seseorang itu telah mencoba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.

Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.

Apa yang anda pelajari selepas kegagalan saja yang dikira. Kegagalan itu sendiri tidak dikira.

Anda tidak gagal. Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.

Kesilapan adalah realiti kehidupan yang penting adalah tindak balas terhadap kesilapan itu.

Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari, bersedialah untuk terbakar.

Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur karena ANDA telah dipilih.

Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.

Sekiranya anda mau mengambil seorang pekerja, pastikan dia pernah gagal sebelumnya.

Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh. Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.

Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang? Pikirkanlah!.

"Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang. Cara baru ialah "pengetahuan" dan "Kejahilan".

Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan. Seluruh kehidupan adalah satu ujian.

Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.

Ramai orang mencari tempat yang selamat, tetapi akhirnya tersangkut!

Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nomor satu-yaitu takut GAGAL!!

Tiada siapa yang berhak men-cap anda sebagai orang yang gagal, kecuali diri anda sendiri.

Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana.

Kesilapan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.

Apabila anda telah sampai ke penghujung tali......dan tiada lagi simpulan untuk bergantung......lompatlah ke tali yang lain.

Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencoba lagi untuk berjaya!!.

Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!.

Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu hal kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.

Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan, perbuatan atau sebagainya.

Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar dari kegagalannya itu.

Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,.....anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.

Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERPURUK yang mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.

Kesilapan adalah sebagian dari hutang yang perlu dibayar sepanjang hidup.

Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah mundur atau berputus-asa.

Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu menepikan kegagalan dalam usaha tersebut.

Orang yang kalah membayangkan hukuman bagi kegagalan. Orang yang menang membayangkan ganjaran bagi setiap kejayaan.

Terseradung bukannya terjatuh.

Sekiranya anak-anak diasuh untuk takut mencoba sesuatu yang baru karena takut akan kegagalan, kelak mereka tidak akan menjadi orang berani.

Dalam percobaan-percobaan yang hebat, adalah dianggap cemerlang meskipun gagal.

Jika pada awalnya anda tidak berjaya, cobalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.

Apabila anda kaya, pikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.

Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.

Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.

Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan kesilapan.

Jangan berputus-asa karena biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka pintu.

Sekiranya anda mengalami kegagalan lebih awal, kegagalan berikutnya kurang terasa pedih.

Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki.

Hal paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari-apa silapnya.

Kesulitan memunculkan sifat yang sebenarnya dalam diri manusia.

Apabila anda menginginkan pelangi, kenalah hujan dahulu.

Saya boleh menerima kegagalan karena setiap orang gagal dalam beberapa hal, tetapi saya tidak boleh menerima orang yang tidak berani mencoba.

Anda bukannya gagal.Anda hanya tidak tahu beberapa hal lagi.

Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan bila anda membetulkannya.

Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal bila anda tidak berputus-asa untuk mencoba lagi.

Saya tidak membedakan dunia menjadi yang lemah dan gagah,atau yang berjaya dan gagal,juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya.Saya membedakan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.

Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang dari mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri.

Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencoba pendekatan baru yang tidak pernah dicoba sebelum ini.

Jangan katakan kegagalan itu kesilapan.Katakan kegagalan itu adalah pelajaran.

Anda tidak akan mengetahu tentang diri sendiri menerusi kejayaan. Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.

Janganlah takut untuk mengakui kesilapan.Ia samalah seperti mengatakan bahwa anda lebih bijak pada hari ini dibanding dengan kemarin.

Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh dalam mencoba. Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan!!!
PERINGATAN!!!
INI ADALAH SEBAGIAN DARI KATA-KATA PEMBANGKIT SEMANGAT SAJA DAN BUKAN FALSAFAH ATAU HADIS ATAU AYAT AL-QURAN. ANDA DISARANKAN SUPAYA MEMBACA KATA-KATA INI SEBAGAI PENGETAHUAN SAJA. AZASNYA, APAPUN PEKERJAAN YANG ANDA LAKUKAN HENDAKLAH DILAKUKAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN TIDAK BERPUTUS-ASA DAN BERSERAH KEPADA ALAM APABILA ANDA TELAH BERUSAHA. SEMOGA ANDA AKAN BERJAYA!!.
selamat membaca!!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar